TADIKA ISLAM (TADIS) KG. KASTAM.BW.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum... 

Tadika Islam ini di tubuhkan pada 80 an lagi. Dulu di kenali dengan taski di bawah naungan Kastam & menggunakan buku teks keluaran  ABIM. Kemudian pada tahun 2004 Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) pula mengambil alih yang di kenali dengan Tadika islam (TADIS Kg Kastam), Butterworth.

Untuk makluman ,dahulunya Pulau Pinang terdapat hanya beberapa buah tadika Islam sahaja. Pada tahun 2011 Alhamdulillah semakin bertambah sehingga menjadi 14 buah Tadika Islam di seluruh Pulau Pinang iaitu :
1) TADIS Kg. Kastam, B'worth.
2) TADIS Bagan Tambang.
3) TADIS Kuala Bekah, Penaga.
4)TADIS Padang Lalang Bkt.Mertajam.
5)TADIS Masjid Negeri Pulau Pinang
6) TADIS Nurul Fallah
7) TADIS Al-Ihsaniyah
8) TADIS Al-Amin Pulau Pinang
9) TADIS Iqra' Jelutong
10) TADIS Tanjung To'kong
11) TADIS Balik Pulau
12) TADIS Padang Menora
dan lain lain dan boleh rujuk di Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)

Kurikulum Pelajaran seperti pra-sekolah iaitu :
- Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Bahasa Arab
-Pendidikan Islam
-Matematik
-Sains
-Pendidikan Jasmani
-Iqra'  ( Tadis sahaja yang diajar )

Di TADIS kg. Kastam terdapat 3 orang guru & seorang pembantu.Jumlah murid pada tahun 2011 ialah seramai 50 0rang.Semua guru disini mempunyai  pengalaman yang luas dalam mendidik kanak-kanak pra sekolah.Jadual mengajar telah di tetapkan mengikut mata pelajaran /kebolehan guru masing-masing.Tetapi 
setiap guru di wajibkan mengajar Iqra' pada setiap hari.Ini bagi memastikan murid yang berumur 4,5 & 6 tahun dapat mengenal huruf hijaiyah seterusnya murid mampu membaca Iqra' dengan baik dan lancar sebelum mereka menyambung pengajian di kelas KAFA pada darjah 1.Amali solat juga di lakukan pada setiap hari jumaat,  dan dapat mengajar murid  membaca dan menghafal bacaan dalam solat. Hal ini,bagi memastikan  mereka mampu untuk menunaikan solat dengan  baik. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi pendidikan kepada anak-anak anda,boleh hubungi Guru Besar TADIS Kg. Kastam (Cikgu ummi): 0195280615. Pej. 04-3311496.




NASYID TADIS


KAMI PELAJAR TADIS 
BERJANJI BERIKRAR DAN BERSEDIA
HIDUP KAMI UNTUK ALLAH
HIDUP KAMI UNTUK DAKWAH
ALLAH MATLAMAT KAMI
AL-QURAN DUSTUR KAMI
RASUL IKUTAN KAMI
BERJIHAD DI JALAN ALLAH
SYAHID FISABILILLAH
ITULAH CITA CITA KAMI (2X)

Sekian, harap maklum.