Monday 13 June 2011 By: cikgu ummi

Boria TADIS Kg. Kastam BW

Bissmillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum kami ucapkan,
Kepada hadirin dan rakan sekelian,
Boria Kampung Kastam kami persembahkan,
Moga terhibur bila menyaksikan,

TADIS Kg. Kastam di beri nama,
Pelbagai ilmu di ajar semua,
Menulis membaca  dan juga mengira,
Jasmani kreatif iqra' dan doa,

Semua guru kami empat orang saja,
Mengajar kami tak mengira masa,
Penat dan lelah tak di hiraukannya,
Mendidik kami menjadi insan berguna,

M.A.I.P.P penaung kami ,
Penasihat penyelaras pendidikan tinggi,
Bertanggungjawab urusan di beri,
Berwawasan cemerlang berhemah tinggi,

Berilmu beramal juga bertaqwa,
Satukan ia sempurnalah jiwa,
Terima kasih guru kami semua ,
Jasamu tetap abadi selamanya

Sekian dulu persembahan kami ,
TADIS Kg. Kastam mengundur diri,
Moga umur panjang murah rezeki
InsyAllah kita berjumpa lagi..




rekaan : GB ( cikgu ummi )



0 comments:

Post a Comment